Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Monday, 24 October 2011

sape kate rokok merbahaya ??? sape ?? sape??


Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki

oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak

berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan

mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu

nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percubaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sihat walafiat.

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana

saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)

B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)

C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba

ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu

salah seorang mengambilnya lalu menggosok2kan ketel tersebut. Sejurus

kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti

menjadi satu makhluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!

Kerana kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa

saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan

takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan

kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup

mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di

seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku

selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal

selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan

ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal

selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan

ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan

si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu

gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah

si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh kerana tidak

sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu

dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka

keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari

mabuk-mabuk. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar

dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN BOODOH!! ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

MORAL : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'


LAWAK SAKIT MENTAL :



Seorang pesakit jiwa di sebuah Hospital Mental sedang asyik menulis surat yang kemudiannya siap dimasukkan dalam sampul. Selepas itu dia memberikan sampul tue pada seorang misi.

Pesakit : "Misi, boleh tolong poskan surat saya nie?"
Misi : "Boleh. Surat untuk saper nie?"
Pesakit : "Surat untuk saya lar..".
Misi : "Ye ke...apa isi kandungannya tu?..."
Pesakit : "Eh! cik misi ni banyak pulak soalannya.Nak tau tunggu la posmen hantar surat tue besok...barulah boleh baca isi dia".

Misi berlalu sambil geleng kepala. :))

Santai Lawak Bodoh..


PAK ALI: kau betul2 anak yg derhaka!
ABU: bila sy derhaka pd bapak?
PAK ALI: bapak haus nk minum susu, knapa kau x berikan
ABU: mcm mana sy nk beri,bapak mintak susu bini sy!
PAK ALI: salahkah bapak mintak?
ABU: memang salah pun!
PAK ALI: kau JGN BERKIRA SGT dgn bapak! dulu KAU MASIH KECIL KAU HISAP SUSU BINI bapak ada bapak kesah?? HAHAHAHAHAHAHA.....
ABU: BINI bapak tu mak saya..ada ke bapak macam ni..chaittt.

Sunday, 23 October 2011

tak bek tau menyamar..hehe..mgaku jer kalau terjumpa barang tercicir..



Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan sepert berikut…

“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“emmm… “
“Abang masih ada di kelab lagi ye?”
“Iya.”
“sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru… cantik bang, boleh ke sayang beli?”
“Berapa harga nya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price… lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu..”
“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000… “
“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi… “
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan… pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.”
“Berapa harga yang mereka minta?”
“Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too… “
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone… .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

must read..terbaik..!