Sunday 4 December 2011

‎.:|:. JOM PUASA 9 & 10 MUHARRAM .:|:.



~* Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)


✿ Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

~* Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

✿ Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

~♥> Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya MAKRUH kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

✿ Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

p/s : *kalau x dapat puasa pada 9 Muharram, boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram..x semestinya berpuasa berturut-turut 9,10 dan 11 muharram tu..asalkan digandingkan dgn 10 muharram itu pun sudah memadai..semata2 hanya utk membezakan puasa dengan org Yahudi* :)

SELAMAT BERPUASA SUNNAT :)

Ya Allah…



Berkali-kali aku melafazkan istighfar dan mohon ampun padaMU, 
kerana aku masih memikirkan seseorang yang
tidak boleh aku fikirkan lebih dari apa yang aku fikirkan…

Astagfirullah…

Ya allah, redhailah ketulusan hati ini untuk MELEPASKANNYA,
dan membiarkan kisah kami hanya setakat ini.
Berkali-kali aku meminta ketabahan, berdoa, dan menangis di sujudku,
meminta KAU akan menghapus dirinya dari jalan hidupku…
Kerana kenyataannya…

DIA BUKAN UNTUKKU…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

must read..terbaik..!