Thursday 5 January 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥

APABILA LELAKI HIDUNG BELANG NAK CARI AWEK



Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang ~
Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. yg penting sporting boleh tut...tut...tut...



BILA NAK CARI ISTERI PULAK

Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
Reti hormat orang tua
Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
Nak yang SUCI jer .

So Paham-paham Lah Ya.. Hati-Hati Yer Wahai Wanita-wanita.. Jangan Terjerat Dengan Ayat Cinta Lelaki Macho, hidung belang...Dan anda pun begitu wahai wanita Jagalah Perangaimu, jagalah pandanganmu.. Hati Mu...Dan Adab Mu...jadilah wanita yg solehah tidak mudah ikut telunjuk nafsu...

RENUNGAN BERSAMA

fitrah manusia..





Fitrah manusia perlukan pasangan dalam hidup. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Dalam diam-diam bertanya di dalam hati, “Manakah jodoh yang dijanjikan Allah kepada saya. Kenapa tidak datang-datang juga?” Begitulah perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang, namun yang dinanti tidak kunjung tiba.

Tatkala cinta hadir menyapa, dunia yang sunyi menjadi ceria. Jiwa yang kosong bertukar gembira. Getaran rasa membuak bahagia. Semua yang dilihat indah belaka. Sebaliknya bagi bagi yang belum terlanjur bercinta, usah gundah gulana. Hiduplah sebagai orang yang bijak, baik dan sabar. Tidak perlu menikmati cinta sebelum waktunya kerana yakinlah, Allah sudah menyiapkan calon belahan jiwa yang terbaik buat kita.

Namun, kala harus memilih, manakah satu menjadi pilihan antara setiap saat yang mengundang dosa atau setiap hari membuah pahala? Tika itu, bangunlah bermunajat, memohon petunjuk usai Istikharah dan Hajat. Moga cinta yang didamba terarah menuju redha-Nya. Jika sudah memiliki cinta kerana Allah, banyakkan syukur dan mohonlah moga istiqamah. Jika belum menggapainya, berusahalah memperbaiki iman dan menuruti jalan sesuai dengan syariat-Nya.

Salurkan cinta teragung hanya kepada Allah, pasti cinta kita akan dibalas. Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. Titipkanlah sejuta cinta buat ayahanda dan bonda, moga restu mereka milik kita kerana di situ letaknya syurga untuk kita.

Naskhah indah di tangan anda ini istimewa buat kalian yang mencari cinta sejati. Miliki ia sebagai koleksi peribadi buat bekalan muhasabah diri atau jadikan ia cenderahati buat mempelai yang bakal membina mahligai. Semoga yang memberi beroleh pahala, yang menerima meraih bahagia

RENUNGAN BUAT SANG SUAMI (Syaikh Mustofa Al-‘Adawy)



Wahai sang suami ....
Apakah berat bagimu, untuk tersenyum di hadapan istrimu di kala dirimu masuk menemui
istri tercinta, agar engkau meraih pahala dari Allah?!!

Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala dirimu melihat anak dan
istrimu?!!

Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul istrimu, mengecup pipinya
serta bercumbu disaat engkau menghampiri dirinya?!!

Apakah gerangan yang memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan
menyuapkannya di mulut sang istri, agar engkau mendapat pahala?!!

Apakah susah, apabila engkau masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap :
"Assalamu`alaikum Warahmatullah Wabarakatuh"
agar engkau meraih 30 kebaikan?!!

Apakah gerangan yang membebanimu, jika engkau menuturkan untaian kata-kata yang
baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang
dibolehkan?!!
Tanyalah keadaan istrimu di saat engkau masuk rumah!!

Apakah memberatkanmu, jika engkau menuturkan kepada istrimu di kala masuk rumah :
"Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa
bagaikan setahun".
Sesungguhnya, jika engkau benar-benar mengharapkan pahala dari Allah walaupun engkau
dalam keadaan letih dan lelah, dan engkau mendekati sang istri tercinta dan
menggaulinya, niscaya dirimu akan mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah
bersabda :"Dan di dalam mempergauli isteri kalian ada sedekah".

Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika engkau berdoa dan berkata : “Ya Allah
perbaikilah istriku dan berkatilah daku pada dirinya”
Sesungguhnya ucapan baik itu adalah sedekah. Wajah yang berseri dan senyum yang
manis di hadapan istri adalah sedekah.
Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
Berhubungan badan mendapatkan pahala.

Salam Ukhuwah,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

must read..terbaik..!