Sunday 1 January 2012

matching outfit..susah ker??senang jer...

Bingung apabila memilih pakaian di pagi hari? 
Sering sekali kita mengalami hal ini, kita hanya mampu berdiri di depan almari dan merasa tidak ada busana yang sesuai untuk di kenakan. Dan akhirnya anda menyerah, akan mengenakan seluar panjang hitam kesukaan anda dan kemeja buttondown untuk bekerja.Hal yang sama juga sering terjadi apabila anda mempunyai janji dinner dengan si dia atau bertemu sahabat di lounge. Anda akan tetap memilih little black dress yang sudah dipakai beribu-ribu kali. Jika hal ini sering terjadi, sudah tiba masanya untuk menyegarkan kembali isi almari dan membuatnya kelihatan lebih menarik! 
1. Rapikan almari pakaian.. 
Menghabiskan masa memang tetapi sangat berguna. Almari pakaian yang tak teratur biasanya membuat anda memilih busana yang sudah terlalu sering dikenakan. Lagi pula tumpukan pakaian membuat anda kurang bersemangat memacu kreativiti dalam hal padu padan. Akan buat jadual pembersihan di hujung minggu akan datang sekarang juga! Anda akan terkejut melihat "harta" terpendam yang selama ini kurang disedari telah dimiliki. 
2. Susun Pakaian Berdasarkan Warna 
Jika kita berkunjung ke sebuah kedai, pasti terlihat deretan busana yang ditetapkan mengikut warnanya. Sangat menyenangkan, bukan? Nah, cuba lakukan perkara yang sama kepada kandungan almari anda. Bukan sekadar agar kelihatan seperti mempunyai koleksi kedai peribadi di rumah. Tapi dengan koleksi yang ditata mengikut warna, idea-idea baru untuk mencuba gaya padu padan yang berbeza pun akan mengalir lebih deras. 
3. Mix and Match! 
Mengenakan busana dengan padu padan yang sama? Jangan sampai ada teman yang boleh menghafal formula mix and match busana anda. Kerana itu, beranikan diri untuk keluar dari comfort zone dan rancang formula segar untuk busana. Contohnya anda senang mengenakan T-shirt putih bersama skinny jeans. Kali ini, padukan T-shirt dengan seluar pendek beige dan vest berpalet navy. T-shirt kesayangan pun kelihatan sangat berbeza! Atau saat akan pergi ke pesta, jangan selalu memilih gaun sahaja. Sekali-kali kenakan seluar panjang..
4. 
Perbanyak koleksi Aksesori 
Cara paling mudah untuk meng-update busana simple tentu saja dengan aksesori unik.Koleksi beberapa buah kalung bersaiz besar serta beberapa bangle pelbagai warna, sehingga busana lama anda pun kelihatan baru seketika. Sangat mudah dan tak akan pernah salah gaya. 
5. 
Put a Dash of Color 
Warna juga boleh menjadi mata jitu dalam membuat koleksi busana kelihatan fresh. Gaun pendek warna keabuan koleksi Fall / Winter kelmarin pasti bertransformasi menjadi berpadanan dengan suasana musim bunga bila diberi sentuhan palet violet via sepotong cardigan lembut. Seluar panjang coklat anda juga akan kelihatan makin menarik bila anda menukar blazer pasangannya dengan sebuah jaket pink untuk busana ke pejabat. Atau dengan sepasang kasut berwarna pasti membuat penampilan lebih spesial! 
6. 
Tanyakan ke pakarnya 
Bukan rahsia lagi bahawa pereka terkemuka tak hanya piawai dalam mencipta busana, tetapi juga ahli dalam hal styling. Ketika tak ada lagi inspirasi untuk mengolah busana yang anda miliki, buka kembali koleksi majalah yang anda miliki dan lirik koleksi designer bertaraf dunia.

Bagaimanakah Cara Yang Betul Mencuci Rambut?

Pertama sekali,  sikat rambut anda dengan sempurna sebelum membasahkannya dengan air. Dengan ini, aliran air yang bakal meresap ke dalam helaian rambut anda lebih sempurna dan rata. Sebaiknya mandi dengan air pancur agar rambut dibasahkan dengan sempurna. Anda boleh menggunakan air yang panas atau sejuk. Namun sebaiknya, gunakan air panas (suam) terlebih dahulu, dengan ini kutikel rambut telah dibuka dan segala kekotoran misalnya minyak dan debu dapat dicuci dengan sempurna. Kemudian, bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kembali kutikel yang telah terbuka. 
Jika anda mengenakan perapi setelah bersyampu, bilas rambut dengan air laju. Gunakan kesemua jari untuk memastikan perapi ini betul-betul habis disingkirkan dari setiap helaian rambut. Sebelum menyapukan syampu atau perapi, jangan lupa untuk menuangkan ke tapak tangan terlebih dahulu. Kemudian, gosok sempurna untuk mengeluarkan buihnya. Jangan sesekali menuangkan syampu atau perapi terus kepada rambut kerana tekstur syampu/perapi yang telalu pekat sukar dihilangkan dengan sempurna jika cucian tidak betul. Perlu diingatkan, syampu perlu disapu pada kulit kepala anda, bukannya pada penghujung rambut anda. Jika cucian tidak sempurna dan sisa syampu tidak dibersihkan dengan elok, rambut akan menjadi lemah dan bercabang. Selain itu, jangan mencampurkan penggunaan syampu daripada pelbagai jenama. Sebaik-baiknya, lakukanlah cucian syampu sebanyak dua kali. Tujuan untuk pertama kali ialah untuk menyingkirkan minyak dan debu. Manakala cucian yang kedua pula ialah untuk memastikan syampu yang telah disapu ke rambut ini dapat disingkirkan dengan sempurna. Sebelum mengulang cucian untuk kali kedua, pastikan anda menunggu selama beberapa minit agar khasiat syampu dapat diserap sempurna pada setiap helain rambut.
Untuk mengelakkan lebihan air pada rambut anda, perahkannya dengan sempurna dengan lembut. Jangan melakukannya dengan kasar kerana rambut mudah rosak ketika ia masih basah. Jika ingin memakai perapi pula, sapukan sepanjang garisan rambut dan bungkus dengan shower cap dalam masa 10 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna. Walaupun cara ini nampak rumit, tapi inilah cara cucian yang sempurna dan sebaiknya. Inilah juga cara terbaik untuk membantu anda mendapatkan rambut yang sempurna.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

must read..terbaik..!