Thursday, 5 January 2012

fitrah manusia..





Fitrah manusia perlukan pasangan dalam hidup. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Dalam diam-diam bertanya di dalam hati, “Manakah jodoh yang dijanjikan Allah kepada saya. Kenapa tidak datang-datang juga?” Begitulah perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang, namun yang dinanti tidak kunjung tiba.

Tatkala cinta hadir menyapa, dunia yang sunyi menjadi ceria. Jiwa yang kosong bertukar gembira. Getaran rasa membuak bahagia. Semua yang dilihat indah belaka. Sebaliknya bagi bagi yang belum terlanjur bercinta, usah gundah gulana. Hiduplah sebagai orang yang bijak, baik dan sabar. Tidak perlu menikmati cinta sebelum waktunya kerana yakinlah, Allah sudah menyiapkan calon belahan jiwa yang terbaik buat kita.

Namun, kala harus memilih, manakah satu menjadi pilihan antara setiap saat yang mengundang dosa atau setiap hari membuah pahala? Tika itu, bangunlah bermunajat, memohon petunjuk usai Istikharah dan Hajat. Moga cinta yang didamba terarah menuju redha-Nya. Jika sudah memiliki cinta kerana Allah, banyakkan syukur dan mohonlah moga istiqamah. Jika belum menggapainya, berusahalah memperbaiki iman dan menuruti jalan sesuai dengan syariat-Nya.

Salurkan cinta teragung hanya kepada Allah, pasti cinta kita akan dibalas. Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. Titipkanlah sejuta cinta buat ayahanda dan bonda, moga restu mereka milik kita kerana di situ letaknya syurga untuk kita.

Naskhah indah di tangan anda ini istimewa buat kalian yang mencari cinta sejati. Miliki ia sebagai koleksi peribadi buat bekalan muhasabah diri atau jadikan ia cenderahati buat mempelai yang bakal membina mahligai. Semoga yang memberi beroleh pahala, yang menerima meraih bahagia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

must read..terbaik..!