Seorang bapa pulang ke... rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
Syarikat menjual secara online produk kecantikan dan kesihatan untuk para lelaki dan wanita. Hidayat Global Trading (PG0302064-D) nur ashikin 013-5696798.
Friday 21 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
must read..terbaik..!
-
1) Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, musik...
-
Sabda Rasulullah saw : "Wahai Iblis, siapakah yang paling baik sekali padamu?" Berkata Iblis : "Ya nabi Allah,orang yang menj...
-
Tak kisah laa dia freehair atau bertudung Pakai seksi dan ketat satu kelebihan Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak Tak ...
-
ATAS nama cinta, semua cabaran sanggup diharungi semata-mata mahu membuktikan kesetiaan kepada pasangan. Hingga satu tahap, andai takdir me...
-
Pertama sekali, sikat rambut anda dengan sempurna sebelum membasahkannya dengan air. Dengan ini, aliran air yang bakal meresap ke dalam...
-
KELEBIHAN NIKAH..... saat akad nikah~dapat PAHALA! suami peluk isteri~dapat PAHALA! cium isteri~dapat PAHALA! renung isteri~dapat PAHALA! s...
-
caranye begini : 1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda send...
-
Rasulullah S.A.W bersabda, : "Dan adapun empat perempuan yang berada di dalam neraka, ialah: 1) Perempuan yang kotor mulutnya terhadap...
-
Wahai sang suami .... Apakah berat bagimu, untuk tersenyum di hadapan istrimu di kala dirimu masuk menemui istri tercinta, agar engkau mera...
-
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. 2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada ma...
Bebelan aq ne...
-
▼
2011
(100)
-
▼
October
(51)
-
▼
Oct 21
(9)
- ▓▓▓██░░░░░░░░░░░░░░░░░█ ▓██░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█ █...
- PANTUN UNTUK MEREKA ....
- ::Bila tubuhmu LESU dan HILANG SEMANGAT. Allah ta...
- (♥) Senyum itu Indah (♥)
- RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HAN...
- gatal bahagian luar faraj
- bila kerja tak ingat anak
- JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI
- Azab Bagi Wanita
-
▼
Oct 21
(9)
-
▼
October
(51)
No comments:
Post a Comment