Thursday 20 October 2011

lagi kebrukan & kebaikan laman sosial


Keburukan laman sosial
1. Melalaikan.

Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. eyey juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..

2. Obses..

Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..

3. Terhakis pergaulan secara realiti.

Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.

4. Gangguan kesihatan.

Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.

5. Gangguan oleh individu tak dikenali.

Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.
Walaubagaimanapun laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-
1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah.

Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. :(

2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak).

Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda..

3. Mudah memberitahu sesuatu perkara.

Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.

4. Perkongsian maklumat.

Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.. :)
Cukuplah setakat ini. Sememangnya ada pro dan kontra dalam penggunaan laman sosial. Yang pentingnya anda kena bijak menggunakan ke jalan yang betul..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

must read..terbaik..!