Friday 12 October 2012

petua ketika sengugut


Petua 1 :
 Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakarhingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2 :
 Ambil segenggam halia dantumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Petua 3 : 
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4 : 
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun.
Petua 5 : 
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

must read..terbaik..!